Bengkel Pengenalan Microsoft Office Words & Ms Office Processing Bahagian 3
20 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Februari 2017, PI Kg Pasir Pandak,PI Ppr Tmn Sri Wangi telah mengadakan Bengkel Pengenalan Microsoft Office Excel & Ms Office Processing Bahagian 3. Bertempat di Pusat Internet Ppr Pasir Pandak. Aktiviti ini bermula pada jam 02.30 petang sehingga 05.00 petang dan telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Pasir Pandak. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang kegunaan “Tools” didalam Ms Excel dan melatih peserta menggunakan aplikasi tersebut dengan latihan yang telah disediakan serta memberi peluang peserta untruk membentangkan hasil kerja masing2.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
• Memberi pendedahan penggunaan “Tools” Ms Excel dan melatih para peserta menggunakan “Tools” tersebut.
• Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Pasir Pandak.
• Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar lain juga.
• Menyedarkan kepentingan penggunaan “Tools” Ms Excel dan melatih para peserta menggunakan Ms Excel tersebut.
• Membina keyakinan diri dalam membentang sesuatu idea atau hasil kerja masing-masing
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh petugas cara penggunaan “Tools” yang tersedia didalam Ms Excel.
• Pembentangan hasil kerja peserta
Peserta diberikan masa dan secara individu untuk menjalankan latihan yang diarahkan petugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: