Pendidikan
SEKOLAH MENENGAH SANTUBONG
Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong
Jalan Pantai Puteri, Santubong
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082846227
Fax = 6082846227
Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong atau nama ringkasnya SMK Santubong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pantai Puteri, Santubong.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong memiliki 388 pelajar lelaki dan 377 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 765 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru dan kini sekolah ini telah berpesat maju dan diduduki hampir satu ribu pelajar dan 60 orang guru.
SEKOLAH PASIR PANDAK
Nama SK Pasir Pandak, Kuching diambil sempena nama kampung dan nama persisiran pantainya yang pendek (Pandak) melandai ke muara Sungai Sarawak Kiri atau lebih dikenali sebagai muara Santubong berhadapan dengan kawasan sekolah. Yang dahulunya sekolah ini hanyalah sekolah pondok dan akhirnya berpesat maju dibangunkan oleh pihak kerajaan.
TABIKA KEMAS KAMPUNG PASIR PANDAK.
ALAMAT: TADIKA KAMPUNG PASIR PANDAK, JALAN SULTAN TENGAH, SANTUBONG SARAWAK.
Tabika kemas ini diwujudkan pada tahun 2014 dan urus oleh dua orang guru dan beberapa pembantu untuk mengurus pelajar-pelajar yang lain.