Bengkel Keusahwanan & Online Marketing
20 Mac 2017 | Aktiviti Terkini
Tajuk : Bengkel Keusahwanan & Online Marketing
Tarikh : 18 - 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pasir Pandak
Pada 18 & 19 Mac 2017, PI Kg Pasir Pandak telah mengadakan Bengkel Keusahawanan & Online Marketing oleh Usahaan Muda yang Berjaya iaitu Encik Zulkipli Ibrahim (Ibrahim’s Perfume). Bertempat di Bilik Training PI Kg Pasir Pandak. Aktiviti ini bermula pada jam 02.00 petang sehingga 05.00 petang dan telah disertai oleh usahawan muda dan komunit setempat selama dua hari. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara-cara untuk memulakan perniagaan dan cara untuk mempromosikan pernigaan memalui internet(Facebook)
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
• Memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai penggunaan internet dalam mempromosikan perniagaan mereka.
• Mempromosi latihan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Pasir Pandak
• Merapatkan hubungan Pusat Internet dan penduduk sekitar lain juga.
• Memberi peserta peluang untuk mempromosikan produk dan servis perniagaan yang sedia ada melalui latihan yang telah di berikan
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
• Peserta diberikan tunjuk ajar satu-persatu oleh penceramah dan petugas cara penjualan produk melalui internet dan cara mempromosinya untuk menarik minat dan perhatian pembeli melalui Facebook.
Peserta diberikan masa dan secara individu untuk menjalankan latihan yang diarahkan petugas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: