Kelas Pendidikan Kuiz Matematik
22 November 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini diutamakan kepada pelajar sekolah rendah yang mana mereka sangat mudah jemu untuk belajar dalam suatu jangka masa yang agak lama. Kelas ini akan memberi aktiviti dimana mereka belajar dalam bentuk permainan dan penuhkan masa terluang dengan kaedah pendidikan. Seramai 7 orang pelajar sahaja dan umur diantara 9 tahun hingga 11 tahun.
Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula pada pukul 0200PM dan tamat pada pukul 0500PM. Tujuan untuk memupuk minat dan mengisi masa terluang dengan kaedah pelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: