Kelas ICT dan Ms. Word (Menaip)

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas dihadiri 2 orang pelajar tingkatan 5 berumur 17 tahun. Kelas ini bermula pada jam 0800AM dan tamat pada pukul 1200PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak.

Kelas ini memberi pendedahan tentang cara menukar font, saiz font, cara masukkan gambar, bagaimana cari maklumat/data di carian google, membuat perenggan serta cara menyimpan data di Desktop.

Kelas ini bertujuan menguji kemahiran menaip pelajar disamping meningkatkan kemahiran penggunaan Ms. Word. Selain itu kelas ini juga memberi pendedahan asas ICT seperti pengenalan komputer dan Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali