Kursus Online Marketing dan Asas Keusahawanan serta Advokasi

24 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Seramai 11 peserta adalah terdiri daripada Wanita Kampung Tabuan Dani umur diantara 23 tahun hingga 68 tahun. Kelas ini bermula pada jam 0800AM dan tamat pada pukul 1600PM bertempat di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Tujuan Kursus ini diadakan adalah untuk memberi ilmu tentang keusahawanan dan online marketing kepada mereka dan sekaligus mereka dapat menggunakan ilmu yang mereka perolehi dalam perniagaan mereka.

Diantara pengisian kursus adalah cara membuat email, membuat facebook serta page, Selain itu mereka juga diajar menggunakan canva untuk membuat logo dan diajar cara mengambil gambar produk dengan betul serta cara mengiklankan produk mereka di laman sosial. Peserta juga didedahkan dengan penganalan advokasi seperti Klik dengan Bijak dan Ewaste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali