Bengkel TTT KDB & Advokasi serta Mesyuarat Kluster Kuching 2019

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Seramai 11 pengurus pusat internet yang hadir dan kelas ini bermula pada jam 0900AM dan tamat pada pukul 1700PM. Bengkel ini bertempat di Pusat Internet PPR Taman Dahlia. Antara pengisian taklimat tersebut adalah membincangkan perancangan terbaru dalam page Menarik di Kuching dan panduan mengajar serta video berkaitan untuk memudahkan cara menyampaikan ceramah Advokasi Klik Dengan Bijak secara berkesan.

Pada masa yang sama juga diadakan Mesyuarat PI Kluster Kuching sebagai ruang untuk mengemaskini dan memaklumkan status/aktiviti PI Kluster Kuching dan perbincangan aktiviti Klustering Kuching "Menarik Di Kuching" untuk tahun 2019.

Antara topik-topik Advokasi yang dikongsi adalah:

  • Pengurusan Risiko Dalam Talian
  • Membina Kebingkasan (Building Resilience)
  • Jenayah Siber - Ketahui Hak dan Tanggungjawab Anda!
  • Perlindungan Kanak kanak dalam Dunia Siber
  • Personal Data Protection
  • Advisory ~ Sebenarnya.my

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali