Taklimat Kesihatan Demam Denggi dan Gotong Royong
17 November 2019 | Aktiviti TerkiniSeramai 20 orang penduduk hadir berumur dari 27 tahun hingga 71 tahun. Taklimat ini bermula pada pukul 0800 pagi dan tamat pada pukul 1100 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Pasir Pandak. Taklimat ini bertujuan bagi menambahkan pengetahuan dan pemahaman berkenaan cara pembasmian, bahaya dan kesan berkaitan AEDES dan denggi. Kebaikkan daripada taklimat seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu langkah pencegahan disamping boleh menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua penduduk Pasir Pandak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: