Pengenalan ICT dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PI Sri Wangi

17 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Seramai 43 penduduk yang hadir berumur di antara 5 tahun sehingga 40 tahun. Majlis ini bermula pada jam 0800AM dan tamat pada pukul 1300PM bertempat di Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi. Tujuan majlis ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat melalui aktiviti yang dijalankan. Program ini juga mempromosikan dan memperkenalkan fungsi Pusat internet kepada penduduk Kg. Pandan serta pendedahan advokasi seperti Klik dengan bijak (KDB) dan ICT (penggunaan komputer).

Antara aktiviti yang dijalankan:

  • Pertandingan Sampul Duit Raya Digital
  • Pertandingan GIF Raya
  • Pertandingan Wefie Raya
  • Pertandingan Baju Raya

Objektif majlis ini boleh memupuk semangat muhibbah serta kemesraan diantara staff pusat internet dan penduduk kampung. Majlis ini dijalankan dengan lancer dan sempurna, diharapkan majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali