Kelas Ms. Excel (Beku Jadual dan Gambar)

2 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu (seorang pelajar sahaja) berumur 46 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 0800 pagi dan tamat pada pukul 1100 pagi bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini memberi pendedahan bagaimana membuat jadual dan cara membekukan lajur dan garis dalam jadual supaya tidak bergerak.

Selain jadual, pelajar juga diajar cara bekukan gambar dalam excel. Pelajar juga belajar cara menambah sheet dalam excel, dan meletakkan warna pada jadual. Kelebihan kelas ini dapat memberi pendedahan pada peserta cara untuk mewarna setiap tab untuk membezakan setiap sheet tersebut dan juga pelajar akan lebih mudah faham dengan apa yang dibelajar dalam kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali