Kelas Usahawan Media Sosial (Facebook)

29 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri seorang usahawan sahaja berumur 38 tahun. Kelas ini bermula pada jam 0900AM dan tamat pada pukul 1200PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan media sosial kepada pelajar. Kelas ini akan memberi tunjuk ajar cara membuat posting, cara buat live atau video dan cara meletak gambar dalam album.

Diantara pengisian kelas ini adalah belajar cara membuat email, membuat facebook serta belajar cara memuat naik foto. Beliau juga diajar cara menambah rakan di dalam facebook. Selain itu kelas ini juga memberi pendedahan asas ICT seperti pengenalan komputer dan Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali