Kelas Asas Ms Word dan Pengenalan Kompenen Komputer

7 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri seramai 10 orang pelajar kelas dewasa Tabika Kemas Kg Pasir Pandak berumur dari 39 tahun hingga 71 tahun. Kelas ini bermula pada jam 1400PM dan tamat pada pukul 1700PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini memberi pendedahan tentang belajar cara menggunakan keyboard dan tetikus dengan betul serta menulis ayat dengan menggunakan Ms Word. Selain itu pelajar juga diberi sedikit taklimat tentang pengenalan ICT seperti pengenalan komputer dan fungsi alat yang ada di komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali