Kelas Asas Ms. Office Word dan KDB
24 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniKelas ini dihadiri seramai 12 orang pelajar yang hadir berumur diantara 39 tahun hingga 71 tahun. Kelas ini bermula pada jam 0900AM dan tamat pada pukul 1300PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini memberi pendedahan tentang cara menaip dengan menggunakan format betul, cara menukar font, saiz font, cara membuat jadual, bagaimana cari maklumat/data di carian google, membuat perenggan serta cara menyimpan data di Desktop.
Kelas ini bertujuan menguji kemahiran menaip pelajar disamping meningkatkan kemahiran penggunaan Ms. Word. Turut diselitkan beberapa elemen KDB seperti buli siber,berkongsi maklumat secara berlebihan,maklumat palsu,trolling dan cyber grooming.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: