Kelas Pendidikan (Kuiz Merdeka Pandak 2019)

16 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri seramai 5 orang pelajar sekolah rendah SK Pasir Pandak yang hadir berumur 9 tahun hingga 12 tahun. Kelas ini bermula pada jam 1400PM dan tamat pada pukul 1700PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diutamakan kepada pelajar sekolah rendah yang mana mereka sangat mudah jemu untuk belajar dalam suatu jangka masa yang agak lama.

Kelas ini akan memberi aktiviti dimana mereka belajar dalam bentuk permainan. Tujuan untuk memupuk minat dan mengisi masa terluang dengan kaedah pelajaran. Mereka belajar cara menggunakan keyboard dan tetikus dengan betul dan menulis jawapan kuiz dengan menggunakan Ms Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali