Riang Ria Raya (Hari Terbuka PI Pasir Pandak 2019)

30 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Seramai 110 penduduk yang hadir berumur di antara 3 tahun sehingga 74 tahun. Majlis ini bermula pada jam 0800AM dan tamat pada pukul 1600PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat melalui aktiviti yang akan dijalankan. Program ini juga mempromosikan dan memperkenalkan fungsi Pusat internet kepada penduduk Pasir Pandak serta pendedahan advokasi seperti Klik dengan bijak (KDB) dan ICT (penggunaan komputer).

Antara aktiviti yang dijalankan:

  • Pendedahan dan kepentingan internet-video Klik dengn Bijak (KDB)
  • Ketupat paling banyak
  • Surat Pakcik Makcik (Ms. Word)
  • Sambung Lirik Raya (Softskills)
  • Gambar Gap Raya (Website Facebook)

Objektif majlis ini boleh memupuk semangat muhibbah serta kemesraan diantara staff Pusat Internet dan penduduk kampung. Majlis ini dijalankan dengan lancar dan sempurna, diharapkan majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali