Kursus Asas Jualan Shoppe

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kursus ini dibuat secara menyeluruh dan melibatkan staf-staf Pusat Internet Komuniti seluruh negara.Kursus ini dilakukan atas talian sahaja. Kursus ini bermula pada pukul 10:00AM dan tamat pada pukul 1:00PM.

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua staf Pusat Internet Komuniti yang berjinak-jinak atau yang sedang menceburkan diri dalam bidang keusahawan. Kursus ini juga penting bagi mengurangkan kontak rapat memandangkan pandemik COVID-19 masih tidak berkesudahan. Ini secara langsung dapat mengurangkan jangkitan ini terus menular.

Kelebihan kursus ini ialah dapat membantu usahawan atau bakal usahawan memperluas produk jualan ke serata dunia. Ini sekaligus secara langsung membantu untuk meningkatkan pendapatan usahawan dan bakal usahawan itu sendiri. Bukan itu sahaja, penjualan barang melalui Shoppe juga dapat menjimatkan kos dan masa. Oleh yang demikian, kursus seperti ini memberi manfaat kepada semua staf Pusat Internet Komuniti yang ingin ceburkan diri dalam bidang keusahawan bagi menambahkan pendapatan sampingan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali