Hebahan Tempoh Kuarantin Pengembara Dikurangkan Ke 10 Hari

15 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Tempoh kuarantin pengembara yang pulang dari luar negara dan pengurusan kontak rapat di negara ini dikurangkan tempohnya daripada 14 ke 10 hari berkuat kuasa 14 Disember 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, pengurangan tempoh kuarantin itu turut terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman.

Antara negara yang memendekkan tempoh kuarantin ialah United Kingdom, Jerman dan Belgium yang menurunkan tempoh berkenaan daripada 14 ke 10 hari. Walau bagaimanapun, negara Perancis mewartakan tempoh kuarantin wajib selama 7 hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali