Kelas ICT Maya Individu Tatacara Menempah Tiket Pesawat Secara Atas Talian (Malaysia Airlines dan Air Asia)

16 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut.Kelas ini dilakukan atas talian sahaja dan bermula pada pukul 2:30PM dan tamat pada pukul 3:30PM.

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta betapa jimatnya dari segi kos dan juga masa semasa menempah tiket pesawat secara dalam talian berbanding secara manual sebelum ini iaitu pergi ke pejabat tiket. Peserta diajar bagaimana cara untuk menempah tiket pesawat secara teratur dan efektif. Bukan itu sahaja, peserta juga boleh memilih destinasi pilihannya di hujung jari sahaja.

Kelebihan kelas ini ialah peserta dapat mencuba sendiri memilih destinasi idamannya pada bila-bila masa. Ia dapat dilakukan tak kira siang atau malam. Pada masa yang sama juga, peserta boleh mendapat info mengenai promosi yang disediakan oleh kedua-dua syarikat penerbangan tersebut. Segala-galanya terletak di hujung jari sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali