Kelas Usahawan Daftar Akaun Shopee Secara Atas Talian (Aplikasi Zoom)

23 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Seramai 4 orang yang hadir berumur dari 30 tahun hingga 65 tahun. Kelas ini dibuat pada pukul 0200 petang dan tamat pada pukul 0500 petang.

Tujuan kelas ini memberi pendedahan tentang cara mendaftar akaun shopee kepada usahawan. Shopee adalah satu tempat bagi memboleh orang ramai untuk membeli dan juga menjual produk secara atas talian. Shopee adalah tempat yang terbaik untuk menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa.

Kelebihan kursus ini ialah dapat membantu usahawan atau bakal usahawan memperluas produk jualan ke serata dunia. Ini sekaligus secara langsung membantu untuk meningkatkan pendapatan usahawan dan bakal usahawan itu sendiri. Bukan itu sahaja, penjualan barang melalui Shoppe juga dapat menjimatkan kos dan masa. Oleh yang demikian, kursus seperti ini memberi manfaat kepada para usahawan bagi menambahkan pendapatan sampingan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali