Kelas Usahawan Media Sosial (Facebook Page) Aplikasi Zoom

26 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan dilakukan secara atas talian sahaja dan bermula pada pukul 1400PM dan tamat pada pukul 1700PM.

Kelas ini bertujuan membantu usahawan dalam meningkatkan pengetahuan tentang cara untuk mempromosikan produk perniagaan dalam facebook page. Pelajar belajar cara mendaftar, membuat ayat, cara masukkan gambar dan meletak nama dekat koleksi gambar. Pelajar juga belajar menggunakan booster untuk menarik ramai pelanggan melihat koleksi jualan.

Kelebihan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ilmu tentang keusahawanan dan sekaligus dapat menggunakan ilmu yang mereka perolehi dalam perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali