Kelas Website Pendidikan (Kenali Peribahasa Melayu)
8 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara berkumpulan dan seramai lima (5) yang hadir ke kelas tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 0300PM dan tamat pada pukul 0500PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan untuk mengajar anak-anak muda untuk mengenali Peribahasa Melayu yang kian dilupakan agar boleh dijadikan panduan dalam penggunaan esei atau karangan mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah.
Ia juga bertujuan agar Peribahasa Melayu ini tidak akan hilang ditelan zaman yang kian serba moden ini. Kelebihan kelas ini ialah agar anak-anak muda tahu dan kenal akan Peribahasa Melayu yang boleh dijadikan sebagai pertuturan seharian. Bukan itu sahaja, Peribahasa Melayu ini merupakan Bahasa yang sangat indah sejak dari dahulu lagi sehingga sekarang,Banyak Peribahasa Melayu yang telah didedahkan kepada anak-anak muda dalam kelas yang diadakan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: