Kelas Website Pendidikan (Let’s Learn Basic English)

8 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara berkumpulan dan seramai lima (5) yang hadir ke kelas tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 1000AM dan tamat pada pukul 1200PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan untuk mengajar anak-anak muda Kg Pasir Pandak untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris yang asas dan mudah. Terdapat dua sesi pembelajaran yang terlibat dalam kelas tersebut iaitu Mengenali Tubuh Manusia (Know Human Body Parts) dan Kenali Buah-Buahan (Know The Fruits).

Kelebihan kelas ini ialah agar anak-anak muda tahu dan kenal akan nama-nama buah-buahan dan juga tubuh manusia dalam Bahasa Inggeris jika terdapat masyarakat khasnya para guru sekolah yang menguji mereka untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali