Kelas Microsoft Office Pendidikan Pengetahuan AM (Kenali Negeri-Negeri Di Malaysia dan Negara-Negara Di Asia Tenggara)

12 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri oleh empat(4) orang peserta. Kelas ini bermula pada pukul 0300PM dan tamat pada pukul 0500PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak.Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan mereka mengenali negeri-negeri yang ada dalam negara serta negara-negara jiran.

Kelebihan kelas ini ialah agar mereka mengetahui negeri-negeri lain yang terdapat di Malaysia selain negeri Sarawak serta negara ASEAN yang berdekatan. Mereka juga didedahkan dengan semua ibu negeri serta bendera negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali