Kelas ICT E-Mail Individu

4 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan pengguna yang hadir berumur 49 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM dan tamat pada pukul 1100AM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pengguna cara menghantar pesanan yang ringkas dan mudah menerusi atas talian. Selain itu, pengguna juga diajar untuk menghantar lampiran dalam bentuk PDF.

Menurut pengguna, beliau berasa amat bertuah kerana dapat mempraktikkan penggunaan emel pada masa akan datang bagi mempercepat segala urusan rasmi mahupun tak rasmi dalam masa yang amat singkat. Ini akan memudahkan lagi kerjanya dan dapat melakukannya dengan sendiri tanpa bantuan daripada orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali