Kelas Ms. Office (Word & Excel)

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri 2 orang pelajar berumur 23 dan 48 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 0900 pagi dan tamat pada pukul 1200 tengah hari bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini memberi pendedahan bagaimana membuat jadual dan cara membekukan lajur dan garis dalam jadual supaya tidak bergerak. Selain itu pelajar juga belajar tentang cara menaip dengan menggunakan format betul, cara menukar font, saiz font, cara membuat jadual dan mengisi data dalam jadual. Kelas ini bertujuan menguji kemahiran menaip pelajar disamping meningkatkan kemahiran penggunaan Ms. Office.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali