Kelas Usahawan (Facebook)
25 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu dan pelajar yang hadir berumur 30 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 1400PM dan tamat pada pukul 1700PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini bertujuan membantu usahawan dalam meningkatkan pengetahuan tentang cara untuk mempromosikan produk perniagaan dalam facebook. Mereka belajar cara membuat ayat, cara masukkan gambar dan cara membuat album dan meletak nama dekat koleksi gambar.
Dalam facebook mereka juga belajar membuat facebook page dan dan menggunakan kaedah booster untuk menarik ramai pelanggan melihat koleksi jualan mereka. Kelebihan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ilmu tentang keusahawanan dan pemasaran dalam talian kepada pelajar dan sekaligus dapat menggunakan ilmu yang mereka perolehi dalam perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: