Hebahan Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong
3 September 2020 | Aktiviti TerkiniHebahan dilakukan melalui beberapa medium perkongsian di media social seperti Facebook page, akaun Instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta meluas. Objektif kempen ini adalah untuk mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.
Mesej utama adalah untuk mendidik masyarakat untuk jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima Tema/Slogan Kempen "Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong"/ “Freedom of Speech but not freedom to lie”
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: