Kelas ICT Daftar Gmail Secara Atas Talian (Aplikasi Zoom)

17 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan dilakukan secara atas talian sahaja dan bermula pada pukul 1400PM dan tamat pada pukul 1600PM. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar cara buat akaun baru dan mendaftar di Gmail. Selain itu, pelajar juga diajar cara untuk memuat turun lampiran dan menghantar lampiran dalam bentuk PDF.

Menurut pelajar, beliau berasa amat bertuah kerana dapat mempraktikkan penggunaan emel pada masa akan datang bagi mempercepat segala urusan rasmi mahupun tak rasmi dalam masa yang amat singkat. Ini akan memudahkan lagi kerjanya dan dapat melakukannya dengan sendiri tanpa bantuan daripada orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali