Kelas Ms Office Word Individu (Cara Membuat Jadual)

27 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan kelas ini bermula pada pukul 1500PM dan tamat pada pukul 1700PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan bertujuan untuk simpanan rekod perniagaan milik individu tersebut pada masa akan datang seperti hasil pendapatan serta perbelanjaan memandangkan beliau baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan kecil dan sederhana.

Beliau serba sedikit mempunyai ilmu mengenai cara membina jadual yang mudah serta ringkas. Beliau diuji sambil dibantu oleh staf bertugas untuk membuat sendiri jadual tersebut. Beliau akhirnya berjaya membuat sendiri jadual tersebut apabila diminta untuk membuat sendiri untuk kali kedua. Beliau turut menjadikan Pusat Internet Kg Pasir Pandak sebagai lokasi pilihan utama untuk melakukan kerja-kerja berkaitan dengan syarikat perniagaan kecil beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali