Kelas Pendidikan Individu Bahasa Melayu Tingkatan 1 (KOMSAS)

20 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan pelajar yang hadir berumur 13 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM dan tamat pada pukul 1200PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan kepada pelajar untuk menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru sekolah secara maya susalan penularan wabak COVID19 yang kini tersebar ke seluruh dunia.

Ini juga secara tidak langsung boleh menyegarkan atua mencerdaskan kembali minda pelajar tersebut setelah memasuki 4 bulan meninggalkan mata pelajaran Bahasa Melayu selaras penutupan semua sekolah bagi mengelak pandemik tersebut terus menular. Seperti Pusat Internet di tempat lain, Pusat Internet Kg Pasir Pandak mempunyai segala peralatan lengkap seperti kemudahan Internet yang pantas menjadikan Pusat Internet adalah platform terbaik untuk seseorang pelajar mencari bahan berkaitan dengan cepat, mudah dan menjimatkan masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali