Kelas Individu Pendidikan Microsoft Office Powerpoint: Jom Belajar Bahasa Arab Mudah

28 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut.Kelas ini dilakukan atas talian sahaja dan bermula pada pukul 900AM dan tamat pada pukul 1200PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta betapa pentingnya belajar Bahasa Arab yang asas apabila berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah dan haji pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya peserta tahu cara komunikasi dalam melakukan transaksi dengan para peniaga dan komuniti di sana memandangkan komuniti di Arab Saudi kurang fasih dalam penggunaan Bahasa Inggeris.

Kelebihan kelas ini ialah peserta mempunyai ilmu kemahiran dalam pertuturan Bahasa Arab kerana Bahasa Arab kini diwartakan sebagai salah sebuah bahasa yang sangat penting dalam urusan perniagaan memandangkan bukan sahaja Arab Saudi yang menjalankan perniagaan yang besar di dunia malahan negara-negara Timur Tengah yang lain. Bahasa Arab juga dikenali juga sebagai bahasa antarabangsa penting selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Bahasa Arab ini boleh dan sesuai digunakan juga di negara-negara Teluk serta Timur Tengah yang lain memandangkan kebanyakkan negara tersebut menggunakan Bahasa Arab ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali