Kelas Individu Microsoft Office (Cara Memasukkan Data dan Tarikh Ke Dalam Senarai Kalendar Aktiviti)
26 September 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini dihadiri oleh seorang (1) orang peserta sahaja. Kelas ini bermula pada pukul 1430PM dan tamat pada pukul 1630PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta untuk memasukkan data berserta dengan formula asas ,mudah dan ringkas agar masa dapat djimatkan untuk menyiapkan segala laporan serta data yang banyak serta padat dalam jangka masa yang pendek. Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat mahir menggunakan Microsoft Excel setelah diberi bimbingan dalam penggunakan applikasi tersebut. Microsoft Excel kini penting dalam penyediaan laporan khasnya yang memerlukan atau melibatkan statistik/ graf.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: