Kelas ICT Pendidikan Matematik (Jom Kenali Sifir 2-7 dan Kuiz)
13 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara berkumpulan dan seramai lima (5) yang hadir ke kelas tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 0300PM dan tamat pada pukul 0500PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mereka mengenali sifir asas yang perlu diketahui. Bukan itu sahaja, ia amat penting dalam kehidupan anak-anak muda sekarang dan masa akan datang atas sebab keperluan mempraktikkan sifir dalam kehidupan seharian khasnya dalanm urusan pembayaran.
Kelebihan kelas ini ialah agar mereka sedar bahawa perlunya mempraktikkan sifir dalam kehidupan mereka seharian dan setiap masa. Memang agak sukar pada mula-mula mempelajari sifir tetapi akan memberi kebaikan kepada mereka satu hari nanti khususnya dalam urusan transaksi pembayaran agar tidak tertipu dengan para peniaga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: