Kelas Website Pendidikan Pengetahuan AM (Kenali Syarikat Penerbangan Dunia)

11 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara berkumpulan dan seramai enam (6) yang hadir ke kelas tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 0300PM dan tamat pada pukul 0500PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan bagi membuka minda serta memberi pengetahuan kepada anak-anak muda di Kg Pasir Pandak mengenai sebahagian syarikat penerbangan utama yang wujud di dunia selain syarikat penerbangan utama yang sedia ada di negara kita. Kelebihan kelas ini ialah sebagai ilmu pengetahuan tambahan dalam diri mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk mengenali industi penerbangan secara asas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali