Kelas ICT Individu Pendidikan (Mari Menjawab Soalan Matematik Tambah, Tolak dan Darab)

11 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya dua (2) yang hadir ke kelas tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 0300PM dan tamat pada pukul 0500PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mereka mengisi lapang yang berfaedah memandangkah sesi persekolahan masih ditangguhkan akibat wabak COVID19 yang masih lagi bergiat aktif.

Bukan itu sahaja, ia amat penting agar mereka dapat mengingat kembali apa yang diajar oleh guru sekolah sebelum sesi penutupan sekolah bermula Mac lalu dan apabila mereka kembali ke sekolah mereka sudah bersedia kembali apabila guru di sekolah memberi latihan ulangkaji kepada mereka selepas sesi persekolahan kembali bermula. Kelebihan kelas ini ialah agar mereka sedar bahawa perlunya ilmu hisab/kira-kira dalam kehidupan mereka. Ini kerana ilmu kira-kira/hisab sentiasa digunakan pada setiap masa tak kira di mana sahaja mereka berada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali