Kelas Usahawan – Media Sosial

24 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri seorang pelajar sahaja berumur 35 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 0900 pagi dan tamat pada pukul 1300 petang bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ilmu tentang keusahawanan dan online marketing kepada pelajar dan sekaligus dapat menggunakan ilmu yang mereka perolehi dalam perniagaan mereka. Diantara pengisian kelas ini adalah cara membuat email, membuat facebook page, Selain itu mereka juga diajar menggunakan canva untuk membuat logo dan diajar cara “copy writing text” dengan betul serta cara mengiklankan produk di laman sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali