Kelas Multimedia – Ms Paint
14 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini dihadiri 9 orang pelajar berumur 6 tahun dan seorang cikgu berumur 48 tahun dari Tabika Kemas Pasir Pandak. Kelas ini bermula pada pukul 0900 AM dan tamat pada pukul 1200 PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menerapkan kemahiran multimedia dalam kalangan pelajar dan pelajar telah diajar untuk mewarna dengan menggunakan alat pensil, berus dan airbrush yang terdapat dalam perisian tersebut. Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran mereka ke tahap selanjutnya. Sebelum mula kelas pelajar diberi sedikit pendedahan KDB seperti buli siber dan maklumat palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: