Aktiviti Website Individu (Menjawab Soalan Teori Daya Penyelesaian Masalah untuk Jawatan Perkeranian N19 SPA)

8 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Aktiviti/Sesi ini dibuat secara individu dan hanya dua (2) yang hadir ke aktiviti/sesi tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 1000AM dan tamat pada pukul 1100AM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan asas yang memerlukan daya penyelesaian dengan cepat dan mudah seperti mana yang diperlukan dalam syarat-syarat utama dalam pengambilan pekerja baharu dalam sektor awam.

Kelebihan aktiviti ini ialah agar mereka secara langsung dapat mengingat kembali apa yang telah dipelajari pada zaman persekolahan mereka khasnya berkaitan dengan penyelesaian masalah. Ini penting dan memberikan manfaat juga kepada mereka agar mereka dapat menyelesaikan masalah pada masa itu juga ketika berlakunya perkara kecemasan secara tiba-tiba ditempat kerja. Oleh yang demikian, soalan pengetahuan am seperti ini adalah penting dalam pra-syarat atau syarat pengambilan bakal pekerja dalam sektor awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali