Kelas ICT Individu Tatacara Mendaftar Perbankan Internet dan Muat Turun Penyata Bank

17 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) yang hadir ke kelas tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 1000AM dan tamat pada pukul 1200PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pengguna cara mendaftar perbankan internet dan muat turun penyata bank dengan mudah dan cepat serta menjimatkan masa tanpa ke bank lagi.

Semuanya hanya di hujung jari sahaja. Kelebihan kelas ini ialah agar pemilik akaun tersebut tersebut dapat menyemak baki akaun terkini serta membuat transaksi pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, pemilik akaun tersebut juga dapat memuat turun penyata bank dengan beberapa saat sahaja serta percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali