Kelas Pendidikan (Kuiz Silang Kata & Sudoku)

24 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri 5 orang pelajar berumur 10 hingga 13 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 1400 petang dan tamat pada pukul 1700 petang bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diutamakan kepada pelajar sekolah rendah yang mana mereka sangat mudah jemu untuk belajar dalam satu jangka masa yang agak lama.

Kelas ini akan memberi aktiviti berfikir dimana mereka belajar dalam bentuk kuiz. Kuiz ini bertujuan memantapkan daya pemikiran pelajar terhadap kuiz yang berkaitan dengan nombor. Sebelum bermula kuiz pelajar diberi pendedahan tentang klik dengan bijak seperti buli siber dan maklumat palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali