Kelas Website Google – Daftar BSH

23 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri seorang pelajar sahaja warga emas berumur 65 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 0930 pagi dan tamat pada pukul 1130 pagi bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Pelajar belajar menggunakan komputer untuk membuat semakan Bantuan Sara Hidup (BSH). Selain itu, pelajar juga diajar cara log masuk, cara mendaftar dan mengisi maklumat peribadi di dalam website BSH. Kelebihan dari kelas ini pelajar dapat belajar cara menggunakan komputer dan dapat menjimatkan masa untuk mendaftar BSH di pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali