Kelas ICT Individu Secara Maya: Tatacara Mendaftar dan Membayar Bil Elektrik Dengan Mudah Dengan Menggunakan SEBCares

27 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut.Kelas ini dilakukan atas talian sahaja dan bermula pada pukul 200PM dan tamat pada pukul 500PM. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta betapa pentingnya menyemak status bayaran dan baki bil kediaman rumah peserta itu secara dalam talian dengan mudah dan cepat pada setiap bulan dengan menggunakan applikasi SEBCares.

Kelebihan kelas ini ialah peserta tidak perlu bersusah payah berulang alik ke pejabat syarikat pembekal elektrik utama negeri Sarawak tersebut sekaligus dapat mengurangkan pembaziran kos minyak serta masa. Segala pembayaran boleh dibuat semuanya di hujung jari sahaja dengan menggunakan applikasi SEBCares.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali