Kelas Website Individu (Mencari Resipi Pastri dan Kek)
27 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu dan pelajar yang hadir berumur 66 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM dan tamat pada pukul 1200PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas tersebut diadakan untuk menambah pengetahuan pengguna mengenai cara membuat kek dan pastri terpilih sebagai jamuan terbaik untuk hidangan tetamu untuk masa akan datang.
Ini sekali gus secara langsung memberi pendedahan kepada beliau untuk mencari bahan-bahan serta pembuatan kek dan pastri dengan pantas hanya melayari laman sesawang applikasi Google di mana applikasi tersebut memberi peluang kepada semua pengguna untuk mencari info yang diinginkan. Menurut pengguna yang datang melawat serta menggunakan kemudahan di Pusat Internet Kampung Pasir Pandak, beliau berasa selesa berada di dalam Pusat Internet tersebut kerana Pusat Internet menyediakan kemudahan atau perkhidmatan internet yang pantas buat semua penduduk yang tinggal berhampiran.Bukan itu sahaja, beliau juga bertuah kerana mempunyai staf bertugas yang turut membantu untuk membimbingnya mencari info yang dikehendaki.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: