Kelas Usahawan Daftar Akaun Shopee Secara Atas Talian

24 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan dilakukan secara atas talian sahaja dengan menggunakan aplikasi Zoom dan kelas bermula pada pukul 0900AM dan tamat pada pukul 1200PM. Tujuan kelas ini memberi pendedahan tentang cara mendaftar akaun shopee kepada usahawan. Shopee adalah satu tempat bagi memboleh orang ramai untuk membeli dan juga menjual produk secara atas talian. Shopee adalah tempat yang terbaik untuk menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa.

Kelebihan kursus ini ialah dapat membantu usahawan atau bakal usahawan memperluas produk jualan ke serata dunia. Ini sekaligus secara langsung membantu untuk meningkatkan pendapatan usahawan dan bakal usahawan itu sendiri. Bukan itu sahaja, penjualan barang melalui Shoppe juga dapat menjimatkan kos dan masa. Oleh yang demikian, kursus seperti ini memberi manfaat kepada para usahawan bagi menambahkan pendapatan sampingan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali