Kelas Usahawan Shoppe
30 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu dan melibatkan 4 yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan atas talian sahaja dan bermula pada pukul 900AM dan tamat pada pukul 100PM. Kelas ini bertujuan untuk membimbing kepada bakal usahawan atau usahawan yang sedia ada untuk menjana pendapatan yang lebih besar menerusi medium Shoppe. Selain itu, dengan menggunakan Shoppe, ia juga membantu mengurangkan atau menjimatkan kos operasi seperti penyewaan kedai.
Para usahawan yang sedia ada atau bakal usahawan diajar dari awal sehingga selesai pendaftaran untuk medium beli belah online Shoppe. Kelebihan kelas ini ialah para usahawan yang sedia ada atau bakal usahawan menjadi lebih bijak untuk menjana pendapatan yang lebih baik dengan menggunakan platform Shoppe sebagai wardah untuk penjualan produk-produk mereka. Ini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan usahawan-usahawan beralih kepada perniagaan secara digital seiring dengan peredaran semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: