Kelas Usahawan (Shopee)

16 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan pelajar yang hadir berumur 37 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 1000 pagi dan tamat pada pukul 1300 petang bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan tentang Shopee Store kepada pelajar. Antara yang disentuh adalah cara untuk mendaftar perniagaan menggunakan Google Shopee.

Kelebihan kelas ini dapat memberi maklumat tentang cara menggunakan Shoppe Store seperti cara mendaftar, cara mengirim barang yang telah dibeli oleh pelanggan, cara menentukan harga barang serta cara untuk memuatnaik gambar produk ke dalam aplikasi Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali