Kelas Website Media Sosial (Facebook)

16 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Seramai 2 orang pelajar yang hadir berumur 24 tahun dan 49 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 1400PM dan tamat pada pukul 1600PM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini bertujuan membantu usahawan dalam meningkatkan pengetahuan tentang cara untuk mempromosikan produk perniagaan dalam facebook. Mereka belajar cara membuat akaun facebook, cara masukkan gambar dan cara kemahiran menyalin ayat dan meletak nama dekat koleksi gambar.

Selain itu, mereka juga belajar membuat facebook page untuk menarik ramai pelanggan melihat koleksi jualan mereka. Kelebihan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ilmu tentang keusahawanan dan pemasaran dalam talian kepada pelajar dan sekaligus dapat menggunakan ilmu yang mereka perolehi dalam perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali