Kelas Ms. Office (Word)

7 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dihadiri 2 orang pelajar berumur 23 dan 48 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 0900 pagi dan tamat pada pukul 1200 tengah hari bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini memberi pendedahan tentang cara menaip dengan menggunakan format betul, cara menukar font, saiz font, cara mencari nama fail dan cara simpan fail di komputer. Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran mereka ke tahap selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali