Kelas Ms. Office (Word)
16 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu dan pelajar yang hadir berumur 49 tahun. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM dan tamat pada pukul 1100AM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini memberi pendedahan tentang cara menaip dengan menggunakan format betul, cara menukar font, dan cara membuat jadual. Selain itu pelajar belajar cara mencari nama fail dan cara simpan fail di komputer. Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran mereka ke tahap selanjutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: