Kelas ICT Individu (Cara Mendaftar dan Mengguna Applikasi E-Wallet SarawakPay)
26 September 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ini dihadiri oleh seorang (1) orang peserta sahaja. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM dan tamat pada pukul 1100AM bertempat di Pusat Internet Pasir Pandak. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta menggunakan applikasi pembayaran tanpa tunai yang kini menjadi trend/ ikutan kepada masyarakat seiring dengan zaman teknologi yang serba canggih.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat menggunakan applikasi e-wallet yang diperkenal oleh kerajaan dengan selamat. Ini kerana dengan menggunakan applikasi ini, pengguna tidak perlu membawa wang tunai dengan banyak. Bukan itu sahaja, kerajaan juga menyarankan agar lebih banyak menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dan mengurangkan kesesakan di kaunter”
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: